HIBURAN

Dakwaan Bergaduh Tak Benar! Cik Epal & Ojen Masih Berkawan, Anas Zahrin Jadi Bukti - “Kami Jarang Berjumpa Bukan Sebab Tak Bertegur Sapa”

Mya Amri 23/03/2025 | 22:53 MYT

Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin memaklumkan hubungan baik antara Cik Epal dan Ojen Aiwahhh masih lagi berkekalan seperti biasa.

Masih berkawan rapat

Hantaran terbaharu Anas di akaun Instagram itu sekaligus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan mereka berdua tidak lagi bersahabat.

Anas memaklumkan kesemua mereka termasuklah dirinya jarang bertemu adalah kerana masing-masing sibuk bekerja.

Dalam hantaran yang sama, Anas memberitahu sebagai sahabat mereka pasti akan mencari masa untuk berkumpul bersama-sama.

“Ada masa terluang kami pasti jumpa. Kadang kadang tak semua. Kadang kadang jumpa yang ada sahaja.

“Sebab apa? Sebab yang lainnya sibuk sentiasa. Sudah cukup sudah. Semoga persahabatan kami, ukhwah yang terjalin kekal sampai bila bila.

“Semoga Allah jauhkan kami dari sifat iri hati dengki manusia. Dan semoga kita semua kaya berjaya dunia akhirat agar dapat memberi manfaat kepada orang lain,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Dedah Gelaran Chef Pizza Jofliam Tak Diiktiraf - “Cara Dia Dapat Tu Macam Semua Orang, Asal Ada Duit”

ARTIKEL BERKAITAN:Sasha Abdul Aziz Pertahankan Cik Epal, Geram Sikap Jofliam - “Ibu & Anak Paling Susah Untuk Dipisahkan, Sakit Beranak Sampai Bila-Bila Tak Hilang”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tahu Suara Saya Biasa-Biasa Sahaja” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Anggap Harga ‘Paid Review’ Berbaloi Dengan Hasil - “Bila Nama Sedang Naik, Saya Ambil Peluang Ini Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Kongsi Senarai Harga Paid Review, Netizen Terkejut; - “Rezeki Dia…”

Terdahulu, netizen membuat spekulasi hubungan persahabatan antara Cik Epal dan Ojen retak apabila mereka berdua dilihat jarang meluangkan masa bersama.

#Kawan #Anas Zahrin #Tak Gaduh #Cik Epal #Ojen Aiwahhh