Pelakon, Nynaa Harizal akhirnya tampil bersuara selepas kontroversi dakwaan diculik oleh bapa sendiri baru-baru ini.
Nynaa berkata dakwaan tersebut tidak tepat kerana tiada paksaan atau istilah menculik oleh kedua ibu dan bapanya.
Kata Nynaa dia berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya di rumah mereka di Johor Bahru sejak 2 November lalu.
Tambah Nynaa lagi dia mengambil keputusan untuk berdiam selama ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan dan menjaga hati semua pihak.
“Sejak 2 November lalu pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan diri dan rumah tangga saya. Saya telah meneliti dan memerhati setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak.
Selama ini, saya memilih untu tidak memberikan apa-apa reaksi demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Dalam pada itu Nynaa berkata dia mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada 10 November lalu, selepas memgambil kira beberapa faktor.
“Selepas berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Datuk Iqbal Salam dari Tetuan Iqbal Salam & Associates memohon Penceraian Cara Baik di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
“Satu salinan saman telah diserahkan kepada suami pada 11 November 2021, jam 3.16 petang. Dan hari ini sebutan kes telah berlangsung, namun suami tidak hadir hanya diwakili peguam sahaja,” katanya.
Kata Nynaa lagi dia berharap dan berdoa agar suami akan dapat melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan mereka dengan cara baik tanpa perlu meneruskan proses perundangan lain.
Nynaa bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca dan penyebab yang membawa kepada keputusannya itu kerana bersifat terlalu peribadi.
[[BACA: Suami Dakwa Keluarga Mentua Culik Nynaa Harizal Di Set Penggambaran]]
Fiza Kamarudin
Thu Nov 18 2021


#AstroGOMovies: Ayah Hero Saya! Ini 7 Filem & Rancangan Khas Untuk Hari Bapa!
7 Filem & Rancangan Khas Untuk Hari Bapa Ini!

Kali Ketiga Diserang Covid-19, Liza Hanim Reda Suara Terkesan – “Masih Boleh Menyanyi Cuma…”
Liza Hanim Reda

Ben Amir ‘Excited’ Nak Kahwin! Kongsi Ciri-Ciri Calon Bakal Isteri - “Cute Gym Girl, Pandai Masak…”
Semoga bertemu jodoh yang diinginkan.

Kulit Glowing Memang Love! Cubalah Produk Haneul Ni, Confirm Tak Menyesal
Nak glowing, boleh cuba Haneul guys.

#PE3: Air Mata Zizan Jatuh Dek Fenomena Polis Evo 3 Boh! - “Ini Orang Yang Saya Sayang…”
Syahdu tengok!
![[VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…” [VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/ekin-punya-171.png?ext=.png)
[VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…”
Sempat Fatin gunakan kontroversi suami sendiri.

“No Komen” - Hafidz Bakal Sahkan Status Hubungan Dengan Athira Selepas Bercerai
Alamak no komen pula.

Pernah Kecoh Kes Curang, Sabyan Gambus Bakal Konsert Di Melaka, Ayus & Nissa; “Kami Harus Melanjutkan Perjalanan”
Ayus dan Nissa masih tersenyum dan tenang mendepani media selepas terkait kontroversi hubungan asmara yang terjalin antara mereka

Eizlan Yusof Respon Dakwaan Sertai Parti Politik Bawah PAS - "Buat Masa Ni Saya Hanya..."
Sama-sama kita tunggu pengumuman.

Mahkamah Diberitahu Hafidz Roshdi Waras & Perbicaraan Boleh Diteruskan
Hafidz Roshdi waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.