Pelakon terkenal Korea, Hyun Bin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut pihak pengurusan Hyun Bin VAST Entertainment, tindakan tersebut diambil kerana dakwaan palsu itu boleh menjatuhkan reputasi artis di bawah naugan mereka.

“Kami sedang dalam proses mengumpul beberapa maklumat dan bukti berkaitan dengan penyebaran dan posting dakwaan palsu yang ditujukan kepada artis kami.

“Tindakan seperti ini harus dilakukan bagi tujuan untuk melindungi artis di bawah naugan kami. Kami berharap agar peminat dapat memberikan kerjasama dengan memberitahu atau membuat laporan yang berkaitan dengan penyebaran berita palsu di media sosial,” jelas wakilnya.

BACA: Tiada Song Song Couple Kedua, Agensi Nafi Hyun Bin Dan Son Ye Jin Bakal Berkahwin

Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin digosipkan mempunyai hubungan cinta gara-gara keberkesanan lakonan mereka menerusi drama terbaru, Crash Landing On You.

Ini merupakan kali ketiga Hyun Bin terbabit dalam skandal percintaan dan perkahwinan bersama pasangan pelakon yang sama, Son Ye Jin.

Sumber: Allkpop