Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

"Dakwah Bukan Sekadar Bercakap, Tapi Buat Yang Kita Cakap" - PU Amin Tegur Sikap Segelintir Suka Tuduh Riyak

Badrul Hashim 22/04/2020 | 02:30 MYT
Mungkin sudah bosan dengan tuduhan segelintir masyarakat terhadap orang yang membuat kebaikan tetapi dituduh riak, PU Amin berkongsi apa sebenarnya riak itu.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, PU Amin memberitahu bahawa ikhlas atau riak itu adalah antara kita secara peribadi dengan Tuhan.
"Ikhlas atau riyak adalah rahsia antara insan dengan Tuhan. Bab hati penuh keajaiban.
"Kita perlu bersyukur apabila ada insan yang sudi mengorbankan jiwa dan harta untuk memberi bantuan dan manfaat pada manusia lain. Dakwah bukan sekadar bercakap, tapi buat apa yang kita cakap," tertulis pada entri tersebut.
Tambah PU Amin, kita harus mengajar hati dan jiwa kita untuk bersangka baik supaya hidup akan sentiasa tenang dan bahagia.
"Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah, mencari madu dan penawar walau di tempat sampah.
"Bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau di mana dia berada," tulis PU Amin sebagai perumpamaan.

Ajar hati untuk sangka baik. Biar sentiasa tenang dan bahagia. Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah,mencari madu dan penawar walau ditempat sampah,bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau dimana dia berada. ?

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Ramai para ilmuan berkongsi tentang ikhlas dan menunjuk-nunjuk, berbuat baik dan riak di media sosial masing-masing apabila Ustaz Ebit Liew diserang segelintir netizen dengan kata-kata yang tidak baik.
#Amin #PU #Ikhlas #Riyak
;