Penyanyi dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel mengakui bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syamel berkongsi gambar lima tahu lalu ketika sedang menjalankan perniagaan makanan berserta kapsyen.

"Throwback 5 tahun lepas. Dalam banyak-banyak benda yang Bangmel buat, tak ada yang lebih happy daripada menjual makanan.

"Korang rasa okay ke kalau Bangmel buat balik sekarang?," tulisnya.

#tb 5 tahun lepas. Dalam banyak2 benda yang Bangmel buat, tak ada yang lebih happy daripada menjual makanan , korang rasa okay ke kalau Bangmel buat balik sekarang ? ? #bangmelvsfood

A post shared by #takkanterlerai (@syamel_official) on


Menerusi ruangan komen, ada yang bersetuju dia kembali menjalankan perniagan makanan dan ada juga mahu Syamel memberi fokus sepenuhnya dalam bidang nyanyian.

"@lovliniyeza: Sokong as part time apa salahnya dan itu salah satu cara untuk lebih dekat dengan peminat. Berniagalah apa pun disebabkan kepopularan tu dah tentu laku punya. Janji jual sambil nyanyi."

"@berdualebihsenget: Larat ke dengan jadual kerja yang padat tu? Kalu larat apa salahnya, boleh tambah pendapatan untuk masa depankan, lagi byk duit masuk lagi cepat bangmel kawin."

"@evayanti7: @syamel_official boleh saja. Confident mahu lebih. In Shaa Allah berkat doa dari keluarga dan sudah pastilahkan sokongan peminat-peminat. Confirm 100% habis."


Terdahulu, Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly ini mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015.

Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan.

Syamel juga berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ sewaktu di awal kemunculannya dulu.