Gitaris kumpulan Kristal, Rody akui terharu dengan kejutan yang diberikan oleh isterinya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Rody berkongsi momen gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Rody, dia tidak menyangka pelawaan isterinya untuk minum petang di hotel hanyalah sekadar umpan buat dirinya.

“Sayang… Rabu jangan lupa ada hi tea dekat hotel Palace of The Golden Horses,” kata isteriku lalu hatiku berkata… “Argh sudah, ni mesti orang call melawat hotel lepas tu bagi voucher. Adoi malasnya la. Ya Allah minta-minta lah hujan lebat tak payah pergi,”

“Lepas tu aku pun jawab… “Okay sayang, hi tea apa tu, siapa call?” Dia kata Mines call. Yes, tepat lah perasaan aku ni nak melawat hotel!

“Okay pada hari kejadian Rabu tu dah nak sampai Mines, aku tanya parking dekat mana, dia kata parking dekat bot tu.

“Okay aku fikir mungkin dekat luar Mines sebab nanti dorang ambil lah kot kita konvoi. Macam-macam lah fikir. Masa tu tengok kereta lain pun rasa argh ni pun sama lah nak melawat hotel haha.

“Lepas tu dia cakap lah sayang parking dalam, jumpa dekat bot dalam Mines tu. Oo… kena naik bot pula. Okay sampai bawah jeti dia kata sebenarnya I surprise kan sayang! Haha.

“Orang sibuk duk fikir surprise birthday dia, dia dah surprise kan aku dulu hahaha… Okay la masa dalam bot tu mata masuk habuk! Thank you sayang buatkan surprise. Love you @niena_azmann, dia kata murah je, takut la tu kena beletiaq dengan En mi,” coretnya.

“Syg.. rabu jgn lupa ade hi tea kat hotel palace golden horse..” kata isteriku.. lalu hatiku berkata.. “argh sudahhh.. ni mesti org call melawat hotel pastu bagi voucher.. adoi malasnya laa.. ya Allah minta2 la hujan lebatt tayah pergi..” pastu aku pun jawab.. “ok syg.. hi tea ape tu,siapa kol?” Die kata mines kol.. yess tepat la perasaan aku ni nak melawat hotel! ? .. ok pada hari kejadian rabu tu dah nak sampai mines,aku tanya parking katne.. die kata parking kat bot tu.. ok aku fikir mungkin kat luar mines sebab nt dorang amek la kot kite konvoi..mcm2 la fikir masa tu tengok kereta lain pun rasa argh ni pun sama la nak melawat hotel.. haha.. pastu die ckp la syg parking dlm.. jumpa dekat bot dlm mines tu.. oo.. kena naik bot pulakk.. ok sampai bawah jeti die kata sebenarnya I surprise kan syg!! Hahaa.. org sibuk dok fikir surprise birthday die,die dah surprise kan aku dulu.. hahaha.. ok la masa dlm bot tu mata masuk habuk! Tq syg buatkan surprise.. love you ? @niena_azmann .. die kata murah jer.. takut ler tu kena beletiaq ngan en mi.. ???

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on


Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 14 Januari 2019.