Pelakon Afiq Muiz selamat bernikah dengan pelakon baru Pachara Apin, semalam.

Menerusi akaun Instagram (IG)Story Pachara, dia telah memuat naik fotonya serta video ketika majlis pernikahan tersebut berlangsung.

Pasangan tersebut manis sedondon memakai busana berwarna krim lembut.


Dilihat kelibat pelakon Beego juga turut hadir ketika sesi akad nikah tersebut.



Sementara menerusi IGStory pelakon Syafie Naswip juga dilihat turut merakam momen ketika majlis itu berangsung.


Syafie bakal mengikat tali pertunangan dengan adik kepada Afiq yang juga seorang pelakon iaitu Aishah Azmanpada Sabtu ini.