Hiburan
"Dalam Hati Saya Ada Untuk Awak" - Keberanian Yoe Minta Izin Ibu Bella Astillah Untuk Jadi Menantu Buat Ramai Tercabar
Fenomena video lucu terbitan Syahmi Sazli yang menampilkan Asif dan Yoe Parey sebagai pelakon utama ternyata mendapat sambutan menggalakkan penonton.
Ia terbukti apabila setiap video dimuat naik di YouTube mereka mencatat tontonan melebihi satu juta.
Terbaru, menerusi Instagram Syahmi, dia memuat naik satu video yang menampilkan Yoe Parey bersama Bella Astillah serta keluarganya di sebuah restoran.
Menerusi video tersebut Bella bertanya kepada Yoe kenapa tidak menghubunginya selepas perjumpaan tempoh lalu.
Tidak cukup dengan itu, Bella sempat menyuruh Yoe meminta izin daripada ibunya sendiri tentang perhubungan mereka
Apa yang menarik perhatian, jawapan setuju yang diberikan ibu Bella, membuatkan Yoe gembira dan menunjukkan telatah lucunya.
Siap beri punchline dan menarik lagi.
"Dalam hati saya ada untuk awak," kata Yoe.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen kagum dengan cara Yoe melamar Bella.
Tidak kurang juga yang terasa tercabar dengan keberanian Yoe.
Anda boleh lihat antara komen menarik di bawah.