Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Dalam Hip Hop Anda Tidak Boleh Lupa Asal Usul” – Yung Raja Lancar Single & Muzik Video ‘Mad Blessings’

Fiza Kamarudin 08/11/2019 | 07:35 MYT
Penyanyi hip hop kelahiran Singapura dan sangat dikenali di Asia Tenggara, Yung Raja memberitahu dalam hip hop asal usul tidak boleh dilupakan.
Tambah Yung Raja lagi, semua orang perlu hargai pengorbanan dan rintangan dilalui oleh oleh nenek moyang kita yang bersusah-payah mengukuhkan identiti kami sebagai warga Asia Tenggara.
Disebabkan itu Yung Raja menghasilkan single terbaru ‘Mad Blessings’ yang menggambarkan kepayahan warga Asia Tenggara untuk mengukuhkan identiti di mata dunia.
“Melalui ‘Mad Blessings’ saya benar-benar ingin memberikan semua orang sedikit gambaran tentang rasa syukur atas apa yang saya perolehi sepanjang hidup ini – pengalaman baik dan buruk.
“Saya harap lagu ini dapat menyuluhkan sedikit cahaya buat para pendengar, apatah lagi di saat kita sedang menjalani kehidupan di mana ramai orang mengambil mudah semua perkara.
“Kita juga perlu sentiasa ingat asal usul dan ke mana pergi pun, bawalah nama tempat asal kita dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai klip video ‘Mad Blessing’ pula, Yung Raja berkata dia sengaja memaparkan babak-babak warna-warni bersama ibu dan bapanya sendiri.
“Saya mahu semua berasa dihargai dan mendapat kegembiraan menerusi klip video yang menampilkan Jasper Tan dari Vadbibes sebagai pengarah itu.
“Saya juga mahu menunjukkan betapa bersyukurnya saya kerana sudah berada di tahap sekarang,” katanya.
Yung Raja digelar artis hip hop dwibahasa avant-garde kerana berjaya menggabungkan Bahasa Inggeris dan Tamil di dalam rapnya.
Penyanyi rap ini juga mula popular di Malaysia selepas pelancaran single pertamanya, Mustafa.
Single kedua Yung Raja, ‘Mad Blessings’ merupakan kerjasama pertama Yung Raja dan MADEYOUFAMOUS bersama gergasi hip-hop serantau, Def Jam Asia Tenggara.
‘Mad Blessings’ merupakan satu perayaan yang mencerminkan keindahan kehidupan dan bagaimana semuanya terjadi mengikut takdir.
#Hip Hop #Yung Raja
;