Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menggunakan waktu yang terluang sewaktu menjalani proses kuarantin bagi mengumpulkan masalah-masalah kemanusiaan yang ada di Malaysia.

Menerusi laman sosial Instagram, Ebit yang baru sahaja pulang dari benua Afrika telah memuat naik sebuah video misi kemanusiaan yang dijalankan di negara terbabit.

Ebit turut memaklumkan dia sedang menjalani proses kuarantin COVID-19 di sebuah hotel di ibu kota dan sudah memasuki hari keempat.

“Doakan ye. Dalam kuarantin di hotel lagi seliaan KKM. Hari keempat kuarantin. Belum jumpa keluarga lagi. Tengah tulis semua masalah dekat Malaysia. Nak bantu mana boleh bantu.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


“Doa orang miskin dan yang memerlukan kita cari. Ramadan bulan perjuangan. Kita disayangi Alah dan negara kita dirahmati kerana doa orang lemah yang memerlukan,” luahnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji usaha Ebit yang terus-menerus mahu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Malah, mereka turut menitipkan doa agar Ebit sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan bantuan dipermudahkan.

Allahu rabbi, mulianya hati mu Ustaz Ebit Lew,” komen seorang wargamaya.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Walaupun kami tak bersama ustaz, doa kami sentiasa mengiringi perjalanan ustaz,” kata seorang wargamaya.

Ya Allah mustajabkan doa orang-orang miskin yang dizalimi ya rab, amen,” tulis seorang wargamaya.

Saya bangga atas perjuangan ustaz. Semoga ustaz beroleh kesihatan yang baik-baik, dapat berbakti kepada rakyat yang memerlukan,” ujar seorang wargamaya.

Semangat yang ustaz tunjukkan untuk bantu mereka sangat menyentuh hati. Kami tahu ustaz penat. Semoga Allah sentiasa beri ustaz kesihatan yang baik, jiwa dah hati yang kuat dengan ujian,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Ebit tersebut telah menerima lebih 700,000 tontonan daripada pengikutnya.