VIRAL
“Dalam Kenangan & Sejarah Ni” - Netizen Puji Pasangan Cina Pilih Adat Melayu Sebagai Tema Perkahwinan
Tular di aplikasi TikTok apabila pasangan berbangsa Cina ini memilih konsep adat Melayu sebagai tema persandingan mereka, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh edanoredahbasar, pengantin lelaki dikenali sebagai Tee Dee Yang, yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat swasta, tampil segak mengenakan baju Melayu songket lengkap dengan samping, tanjak, serta keris di pinggang.
Manakala pengantin perempuan pula kelihatan anggun dalam kebaya songket klasik dengan selendang putih krimyang sedondon dengan busana suaminya.
"Selamat pengantin baru Mr. Tee Dee Yang dan isteri. Sweet moments. Tahniah," tulisnya dalam kapsyen.
Pada masa sama, ibu bapa pengantin dan ahli keluarga mereka turut mengenakan pakaian tradisional Melayu, sambil diiringi alunan kompang semasa ketibaan pengantin di majlis tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan itu kerana memilih konsep majlis perkahwinan bertemakan adat Melayu. Malah, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa bangga melihat bangsa bukan Melayu menghargai budaya tradisional.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
"Aku bangga orang bukan Melayu kahwin pakai baju songket. Daripada Melayu yang pakai baju tak cukup kain. Sedih orang Islam kot.”
"Dalam kenangan dan dalam sejarah ni. Kacak dan cantik.”
“Ohh chinese couple malay wedding eh..rare!,” komen dari netizen.
BERITA BERKAITAN: Aisyah Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Lepas Raya, Mohon Doa Urusan Dipermudahkan
BERITA BERKAITAN: Pengantin Perempuan Lari, Adik Jadi Ganti
BERITA BERKAITAN: Nur Nilam Sari Selamat Bernikah, M. Nasir Dendangkan Lagu Khas di Majlis Pernikahan - “Imagine Your Daddy Buat Lagu Untuk You”
BERITA BERKAITAN: Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”
Must-Watch Video