Hiburan

"Dalam Masa 9 Hari Ni Segala Mesej Yang Minta Isi Borang Tentang KWSP Adalah 'Scammer'!" - Amyza Aznan

gempak
Zulaikha Yusof
24/03/2020
03:46 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Masa 9 Hari Ni Segala Mesej Yang Minta Isi Borang Tentang KWSP Adalah 'Scammer'!" - Amyza Aznan
Aktres Amyza Aznan memberi peringatan kepada semua pihak supaya berhati-hati dengan manusia yang suka mengambil kesempatan.
Menurut Amyza, terdapat segelintir yang cuba menipu dengan menghantar link urusan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2 untuk diklik di aplikasi whatsApp.
"Perhatian. Tolong kongsikan. Mangkuk jamban nok harom scammer dah mula buat kerja!
"Laju 'scammer' hanjeng ni kan. Bagitau keluarga, mak ayah, adik beradik, jiran, musuh? Hmmm musuh jap pikir jap," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2019 khuatir jika ada yang terlepas pandang dan melakukan kesilapan.
"Info untuk semua. Pasti ramai yang leka dalam situasi yang chaos macam ni. Pasti mereka tak terfikir, terlepas pandang segala urusan tentang KWSP.
"Hanya boleh dibuat bermula 1 April. Bukan sekarang. Dalam masa 9 hari ni segala mesej yang minta uols isi borang tentang KWSP adalah scammer! Ini pon ramai yg hampir terkena, hampir isi," tulisnya lagi.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman KWSP akaun dua berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1518 orang dengan 14 rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1345 orang sedang dirawat di hospital, manakala 159 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live