Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Dalam Sebulan Jer Dah Turun 10Kg? Alamak Apa Kes Ni Pekin Ibrahim?

Hanafis Haris 20/02/2020 | 10:49 MYT
Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram (kg) dalam tempoh hanya satu bulan.
Menerusi HLive! Pekin memberitahu penurunan berat badan itu sebagai persediaan untuk watak dalam filem terbarunya nanti.
"Saya kuruskan badan sebagai persediaan untuk filem terbaru yang memulakan penggambaran April ini.
"Lebih sebulan juga saya berlatih dan hasilnya saya turun sampai 10kg," katanya.
Menurut Pekin lagi, usaha menurunkan berat badan itu juga bukanlah 100 peratus untuk filem sahaja sebaliknya ia juga atas kesedaran dirinya.
"Waktu saya berlakon dalam filem Suatu Ketika, berat badan saya memang berat.
"Malah, selepas penggambaran Adiwiraku 2 juga tak boleh nak turun sebab watak tu kena badan yang sedikit besar.
"Jadi kali ni saya ambil kesempatan untuk turunkan berat bukan saja untuk filem tapi untuk diri sendiri juga," katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Filem #Pekin #Filem #Berat Badan
;