Laman Utama
Dalia Farhana Nafi Lagu Langit Yang Sama Dicipta Untuk Bekas Kekasih - “Masa Saya Tulis Lagu Ni Saya…”
Penyanyi Dalia Farhana menafikan dakwaan yang mengatakan lagu ciptaannya, Langit Yang Sama ditujukan buat bekas kekasih, seorang pempengaruh media sosial popular.
Dalia berkata, lagu tersebut diinspirasikan daripada hal yang berbeza dan ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan sesiapa.
“Tidak… lagu ini sebenarnya diinspirasikan oleh bulan. Saya ingat momen tengok bulan maka terhasil lagu ini.
“Along the way, lagu ni macam jadi plot twist pula untuk diri sendiri. Tetapi, masa saya tulis lagu ni saya sedang happy,” ujar Dalia.
Dahlia berkata demikian pada majlis pelancaran syarikat rakaman EMI yang berlangsung di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, Dalia juga turut maklum bekas kekasihnya itu juga sudah menemui pengganti yang juga seorang penyanyi popular.
“Saya rasa benda ni takda kena mengena langsung. Lagu ni pun takda kena mengena dengan mana-mana individu. Saya tulis lagu ni tahun lepas sebenarnya.
“Saya juga tidak gunakan nama sesiapa untuk mempromosikan Langit Yang Sama. Tapi mungkin timing lah. Masa saya lancarkan lagu ini, ada kontroversi yang berlaku. Semua sebab timing,” tutup Dalia.
Untuk rekod, lagu Langit Yang Sama dilancarkan pada Februari lalu dan ia dicipta sepenuhnya oleh Dalia.
Must-Watch Video