Dana Slosar Juara AsNTM6, Semak 6 Fakta Menarik Mengenai Gadis Thailand Ini

Amri Hassan
Oktober 25, 2018 03:50 MYT
Gadis kelahiran Thailand, Dana Slosar mengakhiri perjuangan dalam Asia's Next Top Model sebagai juara dalam musim keenam.
Dana telah menewaskan dua pencabar terdekat dari Taiwan (Mia Sabathy) dan Filipina (Adela-Mae Marshall) dalam pusingan akhir malam tadi.
Dengan kejuaraan itu, Dana memenangi sebuah kereta baharu Subaru XV, cover dan spread dalam Harper's Bazaar Thailand, avatar untuk permainan telefon pintar dan kontrak bersama Storm Model Management di London.
Berikut merupakan fakta menarik mengenai Dana Slosar.
1. Dana berusia 24 tahun, berketinggian 175 sentimeter dan pernah menuntut di Colgate University di New York.
2. Pernah bersama dua agensi model iaitu Model One (Hong Kong) dan Kiss Models (Bangkok).
3. Fobia pada burung.
4. Pemain hoki dan ragbi ketika zaman persekolahan.
5. Dana merupakan juara ketiga dari Thailand dalam AsNTM selepas Jessica Amornkuldilok (cycle 1) dan Tawan Kedkong (cycle 3).
6. Sepanjang AsNTM6, Dana pernah dua kali memenangi foto terbaik iaitu pada episod kelima dan ketujuh.
Apapun, jom lihat foto-foto menarik Dana sepanjang menyertai AsNTM6.
#Juara #AsNTM6 #Dana Slosar