Danial Lawak Solo Kini Penyampai Radio Era

Rozaimi Zubaidi
Februari 2, 2017 09:25 MYT
Juara Lawak Solo, Danial kini secara rasminya menjadi penyampai radio Era fm bermula hari ini.
Menerusi segmen Era Solo (#ERASolo) itu, Danial memulakan perkhidmatannya setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagihingga 1 tengahari tadi.
Danial yang mengendalikan Era Solo itu selama empat jam bakal muncul dengan tiga segmen iaitu Pantun, Parodi Artis dan Pilihan Artis.
Pelawak yang berasal daripada Bayan Baru Pulau Pinang itu terlebih dahulu menjadi tetamu Johara Pagi Era bersama Johan, Hanif dan Era pagi tadi.
Terdahulu slot Danial pernah dikendalikan oleh penyampai radio Adi Fashla.
Teks oleh : Syafiqah Jalal
#Lawak Solo #Danial Lawak Solo