Juara dan Naib Juara Lawak Solo iaitu Danial dan Mad Sabah antara yang bakal menghangatkan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).
Selain Danial dan Mad Sabah, peserta Lawak Solo lain yang turut berentap merebut gelaran juara MLM 2017 ialah Wan Gegau, Ag Hafiz dan Dinn.
Danial dan Mad Sabah bakal menggegarkan pentas MLM 2017 sebagai peserta solo manakala Wan Gegau digabungkan dengan Wan dan Chot dalam kumpulan XOXO.
Sementara itu Ag Hafiz dan Raja Azri berada dalam kumpulan Pistol sementara Dinn bersama Amir dan Bocil bakal bertarung menggunakan nama Hobit.
Menariknya MLM 2017 penyertaan pelawak dari Indonesia turut ditambah bagi menambah rencah program realiti lawak paling popular ini.
Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, MLM 2017 merupakan program lawak sentiasa di nanti-nantikan.
"Kami pasti penonton akan berasa teruja dengan menyaksikan barisan juara berentap di atas satu pentas yang sama.
"Untuk MLM 2017 ini kami memperbanyakkan penyertaan pelawak yang terkenal dari Indonesia untuk bertanding dengan pelawak yang ada di negara ini.
"Dalam masa yang sama kami juga memperkenalkan beberapa muka baru seperti pelawak daripada program Lawak Solo untuk memberi saingan kepada para peseta yang lain.
"Tambahan pula, MLM 2017 ini merupakan satu-satunya program yang menghimpunkan barisan pelawak dari tiga buah negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura," katanya kepada Astro Gempak.
MLM 2017 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 12 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 17 Februari ini dan disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Antara kumpulan pelawak yang bakal berentap untuk musim ke-6 program tersebut adalah Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor), Xoxo (Wan, Wan Gegau dan Chot), Nice (Ropie, Achong dan Tauke), Zero (Atu,Shariff dan Syaiful) dan Mamu (Ajo dan Abu).
Peserta lain yang turut terlibat adalah Shiro (Sharol dan Ajak), Pistol (Ag Hafiz dan Raja Azri), Puteh (Mamak dan Ali) dan Bocey (Abam, Fad dan Achey).
Manakala kumpulan pelawak dari Indonesia adalah Abioso (Amin, Sarip dan Mamad).
Sementara itu, kumpulan pelawak dari Indonesia, Malaysia dan Singapura adalah Masin (Mamat, Vicha dan Jiggy) dan Hobit (Amir, Bocil dan Din) gambungan dari Malaysia dan Indonesia.
Selain Danial dan Mad Sabah, Dzawin dari Indonesia turut berada di pentas MLM 2017 sebagai peserta solo.
Juara MLM 2017 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000 berserta trofi.
Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Wed Feb 08 2017
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.