Penyanyi Danny X- Factor telah memilih serta mendaftarkan nama bayi sulungnya di Jabatan Pendaftaran Negara.

Danny berkongsi foto sijil kelahiran anaknya yang diberi nama Ebrahim Danie Mohd Khardanie.

Foto tersebut di kongsi menerusi akaun Instagram miliknya.

“Assalammualaikum dan selamat pagi nama saya Ebrahim Danie Bin Mohd Khardanie,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama Danny turut memuat naik foto bayi lelakinya yang dinantikan selepas tujuh tahun berumah tangga.

Rata-rata peminatnya memuji wajah comel bayinya serta turut mengucapkan tahniah.

Ebrahim dilahirkan pada 1 Mac lalu di sebuah hospital kerajaan.

Assalammualaikum dan selamat pagi Nama saya EBRAHIM DANIE BIN MOHD KHARDANIE .. #Dadason #babyboy #myhero #EbrahimDanie

A post shared by Danie Anwa (@danianwa) on