,
Hiburan

"Dapat 1 Juta Komen, Aku Potong Rambut Macam Ni" - Silap Langkah Cabar Netizen, Pemuda Ini Akhirnya Terpaksa...

Hanafis Haris
29/04/2020
12:59 MYT
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak posting di media sosial maka terpaksalah tanggung akibatnya!
Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila memuat naik satu posting yang mencabar keupayaan netizen Malaysia.
Menerusi posting berkenaan, Muhamamd Rafiezulanwar Jaffri menegaskan dia akan menggunting rambut dengan gaya botak di tengah sekiranya menerima satu juta komen.
"Dapat satu juta komen, aku akan potong rambut macam ni. Takkan dapat punya lah 1 juta komen tu," katanya sebagai kapsyen.
Walaubagaimanapun tidak sampai beberapa jam memuat naik posting tersebut, gambar berkenaan telah mencapai jumlah yang diminta.
Malah sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut telah dikongsi sebanyak 14,000 kali.
Menyedari komen berkenaan telah menjadi viral, Muhamamd Rafiezulanwar sekali lagi mengeluarkan satu posting menyatakan dia akan menunaikan permintaan tersebut.
"Ye sabar yer, saya tak lari. Ada je ni belum habis kerja lagi, sabar," katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan posting tersebut.
Rata-rata menggelar rambut yang bakal digayakan itu adalah rambut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda boleh lihat antara komen lucu netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni