Selebriti popular Neelofa berkongsi kenangan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi sekitar 15 tahun lalu.
Bercerita kepada ERA FM, kata Neelofa, tekanan yang dihadapinya ketika belajar adalah sejauh mana kualiti A yang diperoleh, bukan sekadar jumlah A setiap subjek.
"15 tahun lalu ketika di MRSM Langkawi, di sana orang tak pandang straight A tapi berapa A1? Alhamdulillah, ketika itu saya mendapat 7A1.
"Ingat lagi pada hari ambil keputusan SPM, saya naik flight dari KL ke Langkawi, jumpa kawan-kawan dari luar Kedah dan Langkawi, kemudian kami ambil tempat tinggal sehari sebelum ambil result.
"Walaupun tidur sana ramai-ramai, semua geng-geng straight A, semua orang sana hebat-hebat. Memang pressure," katanya bersemangat.
Melanjutkan bicara, seandainya bukan bergelar selebriti dan usahawan, Neelofa punyai perancangan asal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
"Kalau saya bukan selebriti, berdasarkan keputusan SPM saya akan jadi akauntan. Saya memang ambil aliran perakaunan, ke A-Level pun aliran sama juga. Memang nak ke arah itu, bila dah habis A-Level buat bisneslah.
"Buat masa sekarang, tak ada plan nak sambung. Memang tak minat dah nak belajar...," tambahnya.
Begitupun, Neelofa sempat menitipkan pesanan buat pelajar SPM yang mengambil keputusan peperiksaan itu hari ini.
"Kita dah lalui macam-macam fasa dalam kehidupan, apa yang penting bukan apa yang tertulis di atas kertas berapa A berapa B, tapi fikiran kita. Bagaimana minda kita selepas itu. Itu yang buat kita berjaya.
"Selamat maju jaya, ini bukan the end of the world. Banyak lagi benda kita nak lalui di hadapan, yang penting jaga mindset di hadapan.
"Sentiasa bertumbuh untuk menjadi individu yang lebih baik," kata Neelofa lagi.
Amri Hassan
Thu Jun 08 2023


GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.

"Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP
Pemberian biasiswa kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berasaskan takrifan asnaf fisabilillah.

"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!
Good luck Datuk Aishah!

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Alhamdulillah.

“Panik! Dekat Sejam Rungkai Tak Berjaya” - Rambut Anak Melekat Teruk Di Sikat, Ibu Tebal Muka Jumpa Abang Bomba
Nasib baik ada abang Bomba.

Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

Hati-Hati Peraga Barang Kemas RM150,000, Puteri Sarah Pernah Menangis Gelang Lipan Sumayyah Hilang!
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.