Dapat Anak Lelaki Pertama, David Foster Kongsi Pengalaman Jadi Bapa Usia 73 Tahun
Maliah Surip
18/01/2023 11:50 MYT
18/01/2023 11:50 MYT
Penerbit, komposer dan pemuzik dari Kanada, David Foster berkongsi mengenai kehidupannya bergelar seorang bapa pada usia 73 tahun.
Foster dikurniai anak lelaki yang diberi nama Rennie masih belum berusia 2 tahun.
Anak bongsu hasil perkahwinannya dengan Katharine McPhee, 38, itu membuat Foster melalui proses ‘adaptasi’ memiliki bayi pada usia emas.
Apatah lagi jarak usia enam anaknya sebelum ini yang kesemuanya perempuan begitu jauh dengan Rennie. Dia telah memiliki enam anak menerusi hubungan lalu iaitu Allison, 52, Amy, 49, Sara, 41, Erin, 40, dan Jordan, 36.
“Saya memiliki enam anak yang kesemuanya perempuan sehingga menimang seorang anak lelaki. Saya tidak boleh membezakan mereka, tapi memiliki anak lelaki agak berbeza,” katanya dalam temubual bersama PEOPLE.
Malah kerana usianya yang sudah melewati angka 70, dia mengaku melihat dunia dari perspektif berbeza.
Dia mengaku membesarkan anak perempuan pada saat usianya lebih muda menyaksikan dirinya sebagai seorang bapa yang tidak penyabar.
“Saya seorang yang tidak mempunyai tahap kesabaran tinggi sewaktu muda. Saya juga sombong dan terlalu sibuk dengan pekerjaan.
“Tapi pada usia sekarang, semuanya berbeza. Ya, saya masih bekerja dan banyak mengembara tapi tetap memiliki masa untuk dihabiskan bersama keluarga,” katanya yang juga mengaku kini lebih sabar.
Mengulas tentang usianya yang disifatkan terlalu tua untuk memiliki seorang anak, Foster mengatakan dia mempunyai misi dan perspektif sendiri untuk melihat keluarganya berkembang.
“Saya fikir apabila saya sudah tiada lagi nanti pada 50, 40 atau 30 tahun akan datang, jadi saya punya ‘sesuatu’ yang ditinggalkan untuk Rennie.
“Saya harap telah meninggalkan kebijaksanaan dan kewarasan saya pada usia 72 tahun untuknya,” kata Foster.