"Dapat Baju Percuma Lepas Tu Jual Kat Orang" - Netizen Hencap Wany Hasrita Tak Beretika?
Amri Hassan
12/10/2020 10:20 MYT
12/10/2020 10:20 MYT
Penyanyi Wany Hasrita tampil menjawab dakwaan netizen yang menuduhnya menjual baju sample yang diperolehnya secara percuma secara preloved.
Jelas Wany, dia tidak berniat untuk menjualkan baju yang diberikan kepadanya secara percuma melainkan ada pakaian yang sudah tidak muat untuk dipakai lagi.
"Semua barang pre-loved di prelovedstillinlove saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma.
"Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.
"Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ngam dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas itu sekarang dah tak muat (padan muka siapa suruh makan nasi lemak) saya nak let go la," tulisnya menerusi ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama Wany turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar seorang pengguna di laman sosial miliknya yang mendakwanya hebat dalam permainan jual beli barangan percuma.
"Dapat barang percuma lepas itu jual kat orang, hebat-hebat permainan. Jelas kat situ *** sample," tulis individu terbabit.
Tegas Wany, individu tersebut tidak perlu berasa bimbang kerana dia masih menjaga dan mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya.
"Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan," tambahnya.