Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Dapat Bayangkan Muka Dia Malu-Malu Bila Kita Bawa Kek" - Ini Coretan Achey Buat Abam Yang Bikin Sayu

ZULHILMI JALIL
19/01/2021 03:20 MYT
Pelawak dan penyanyi Achey mendedikasikan ucapan istimewa buat sahabat baiknya, arwah Abam Bochey sempena memperingati ulang tahun kelahirannya hari ini.

Dalam ucapan yang dimuat naik di Instagram itu, Achey mengadu akan nasibnya yang kini perlu berdepan dengan musibah pandemik Covid-19.

"Kami di sini ada Covid-19. Semua tengah langkah berjaga. Aku dan Fad pun tak boleh nak jumpa sangat. WhatsApp sahajalah. Kerja pun makin kurang sikit. Kena usaha ke bahagian-bahagian lain jugalah.

"Tapi, insya-Allah doa untuk kau kami selitkan. Apa yang berlaku di dunia ini kau jangan risau sangatlah sebab kecoh macam mana sekalipun aku dan Fad pasti sepastinya mereka sayang pada kau," corentnya.

Luah Achey lagi, walaupun keadaan semasa tidak mengizinkan dirinya dan peminat untuk menziarahi pusaranya, namun doa sentiasa dipanjatkan buatnya.

"Kalau wabak Covid-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap2-tiap hari peminat-peminat datang jenguk ‘rumah’ kau, tapi aku rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan?

"‘Rumah’ kau makin cantik. Hari itu aku, Fad dan Sya dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula," tulisnya.

Kata Achey lagi, sejak pemergian Abam, dia dan Fad akan sentiasa bercerita kenangan mereka bertiga sebagai Bochey.

Dahlah nanti orang kata aku gila pula walaupun ini yang dirindukan, ingin dilakukan, ingin disampaikan.

"Syukur puas walau hanya bayangan fikiran. Fad kau mesti dapat bayangkan muka dia malu-malu bila kita bawa kek," coretnya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Kredit foto: Instagram @acheykintangkintung

#Pelawak #Achey #Abam #Kek #Arwah #Bochey
;