,
Hiburan

Dapat Berita Bekas PRO Meninggal Dunia, Siti Tinggal Sahabat Sedang Beraya Di Rumah

Fiza Kamarudin
17/06/2019
00:22 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meninggalkan sahabat-sahabat sedang berhari raya di rumah, sebaik mendapat perkhabaran duka mengenai bekas Pegawai Perhubungan Awam beliau, Bahanordin Deraman.
Allahyarham yang lebih mesra dipanggil ‘Abang Bard’ meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi tadi akibat komplikasi kencing manis.
Menerusi sebuah posting di Instagram(IG)nya, Siti telah meluahkan rasa sedih sebaik mendapat tahu ‘Abang Bard’ sudah tiada.
“Sebaik mendapat perkhabaran mengenai pemergian Abang Bard (panggilan kepada arwah), sewaktu sahabat-sahabat saya masih beraya di rumah, saya putuskan untuk segera menziarah jenazah arwah.
“Sosok yang dikenali sejak tahun 1996 sehinggalah ke hari ini (walaupun jarang bertemu tetapi sesekali bermesej, menelefon dan meninggalkan komen di facebook).
“Ada banyak cerita dan kenangan yang kami lalui, pengalaman arwah menjadi PR di Suria Records dan menguruskan kerjaya @ctdk sedari awal dan dari situlah kami bersahabat sehingga kini.
“Malam tadi, abang Bard menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya menziarah jenazah arwah, bertanya khabar anak-anaknya dan kebanyakan yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan PR, pengurus, PA artis dari pelbagai label ataupun persendirian.
“Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang yang beriman, Allah mengangkat darjatnya, menyantuninya, mengampuni segala dosa-dosanya.
“Al-Fatihah. Selamat jalan abang Bard,” tulis beliau.
Allahyarham yang meninggal di usia 53 tahun pernah menguruskan beberapa artis popular lain antaranya Datuk Seri Rossa ketika hadir di Malaysia.
‘Abang Bard’ berkhidmat sebagai PRO di syarikat rakaman tempatan SRC dan turut membantu menguruskan kerjaya beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.
Arwah ‘Abang Bard’ meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.
Jenazah akan dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi (Isnin) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata selepas Zuhur.

Al Fatihah ..#Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Sebaik mendapat perkhabaran mengenai pemergian Abang Bard (panggilan kepada arwah), sewaktu sahabat-sahabat saya masih beraya di rumah, saya putuskan untuk segera menziarah jenazah arwah. . Sosok yang dikenali sejak tahun 1996 sehinggalah ke hari ini (walaupun jarang bertemu tetapi sesekali bermesej, menelefon dan meninggalkan komen di facebook). . Ada banyak cerita dan kenangan yang kami lalui, pengalaman arwah menjadi PR di Suria Records dan menguruskan kerjaya @ctdk sedari awal dan dari situlah kami bersahabat sehingga kini. . Malam tadi, abang Bard menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya menziarah jenazah arwah, bertanya khabar anak-anaknya dan kebanyakan yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan PR, pengurus, PA artis dari pelbagai label ataupun persendirian. . Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang yang beriman, Allah mengangkat darjatnya, menyantuninya, mengampuni segala dosa-dosanya. . Al-Fatihah. Selamat jalan abang Bard.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.