Pelawak dan penyanyi, Achey bergegas pulang ke kampung sebaik sahaja menerima perkhabaran mengenai kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan, 74 yang tiba-tiba merosot.

Achey berkata, dia terpaksa menangguhkan beberapa tugasan di Kuala Lumpur dan bergegas pulang ke Segamat, Johor demi ibu tercinta.

“Doakan kesihatan mak saya ya, saya terpaksa menangguhkan semua kerja di sini (Kuala Lumpur) dan pulang ke kampung segera,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen di Instagram pelawak tersebut, rata-rata pengikut mendoakan agar urusan Achey dipermudahkan.

“Ya Allah berilah kesembuhan buat mak. Achey, jangan putus berdoa ya,” tulis Ozlyn.

“Allahuakbar, baru tadi sembang-sembang pasal mak. Semoga baik-baik hendaknya sahabat. Baik-baik Nasir, aku doakan mak segera sembuh,” titip Fad.

Selain Ozlyn dan Fad rakan artis lain yang turut meninggalkan pesanan buat Achey ialah Tomok, Lan Solo, Datuk Seri Aliff Syukri, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Pada Jun tahun lalu, ibu Achey pernah dimasukkan ke hospital kerana berdepan dengan penyakit jarang dijumpai, iaitu ketumbuhan yang menyebabkan saluran pankreasnya membesar.

Penyakit tersebut turut menyebabkan berat badan ibu Achey susut lebih 20 kilogram.