Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BOLLYWOOD

Dapat Gelaran Doktor, Shah Rukh Khan Terima PhD Kehormat Kali Ketiga

Amri Hassan 09/04/2019 | 09:23 MYT
Bintang terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menerima ijazah kehormat yang membawa gelaran Doktor (Dr) dari The University of Law, London pada minggu lalu.
Ijazah kehormat itu merupakan yang ketiga diberikan kepada beliau selepas The University of Bedfordshire dan The University of Edinburgh.
Pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu menerima anugerah berkenaan dalam sebuah majlis bersama 350 pelajar di London.
"Terima kasih atas kehormatan daripada The University of Law dan tahniah buat pelajar yang bergraduasi.
"Ini menyemarakkan semangat kami di Meer Foundation untuk melakukan lebih dan lebih lagi selepas ini," tulisnya menerusi Twitter.
Kejayaan Shah Rukh Khan bukan hanya sebagai pelakon bahkan juga penerbit filem, hos televisyen, usahawan dan philanthropist.