Usahawan dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok kehilangan bapa tersayang yang meninggal dunia semalam.

Menerusi sebingkis coretan buat arwah bapanya, Wak Doyok berkongsi momen-momen terakhir bersama arwah bapanya.

Entri itu juga turut disertakan dengan gambar hitam putih yang merakamkan dirinya bersama arwah bapa, Mohd Nor Abdul Hamid.

“19/10/1933 adalah hari kelahiran baba saya. 25/10/1933 adalah hari pemergian baba saya buat selama-lamanya.

“Semasa hayatnya arwah baba saya ini adalah tok siak masjid nurul mutaqim pada tahun 1987-2018 (penjaga masjid).

“Dua minggu lepas semasa arwah baba saya duduk di kerusi rehat beliau berkata “dapat jugak aku merasa rumah baru yang kau buat walaupon baru dua tahun ?”

“Semoga arwah baba tenang disana kami sentiasa mendoakan kesejahteraan baba di akhirat. Amin Al-Fatihah. #Alfatihah #Baba,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan takziah kepada Wak Doyok.

Foto: Instagram @wakdoyok