Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Wani Kayrie meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan menyambut Ramadan lagi tahun ini.

Wani juga mengajak orang ramai untuk sentiasa melakukan perkara yang berfaedah meskipun sedang menempuhi ujian ketika ini.

"Alhamdulillah, dapat juga merasa Ramadan tahun 2020 walau penuh dugaan dan ujian buat kita semua.

"Sama-samalah kita penuhkan hari kita dengan perkara baik dan berfaedah bersama keluarga, latihlah diri untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia, sabar dan sentiasa mendoakan yang baik-baik
kerana yang baik jugalah akan datang kepada kita," tulis Wani di Instagram.





Dalam pada itu, Wani juga sempat mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengikutnya.

"Selamat berpuasa semua, mohon maaf atas segala salah silap buat yang mengenali saya," tulisnya mengakhiri kapsyen.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Wani di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut mengucapkan selamat berpuasa kepada penyanyi kesayangan mereka itu.

Alhamdulillah ? Dapat juga kita merasa Ramadhan tahun 2020 ini walau penuh dugaan dan ujian buat kita semua. Sama2lah kita penuhkan hari kita dengan perkara yang baik dan berfaedah bersama keluarga. Latihlah diri untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia, sabar & sentiasa mendoakan yang baik2 kerana yang baik juga lah akan datang kepada kita. Selamat berpuasa semua ❤️ Mohon maaf atas segala salah silap buat yang mengenali Wani ??✨ . #suriarecords #wanikayrie #stayhome

A post shared by WANI KAYRIE, 20 ?? (@wanikayrie) on


Salam Ramadan Al-Mubarak Gempak ucapkan kepada anda semua!