Laman Utama
Dapat Kaunter Bekas Suami Yang Bertugas Di PPV, Wanita Ini Buat Netizen Sebak - “Tak Payah IC, Saya Ingat Semua Tentang Awak”
Seorang wanita secara tidak sengaja bertemu dengan bekas suaminya yang bertugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor sebagai sukarelawan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi momen pertemuan yang direkodkan oleh wanita terbabit yang dikenali sebagai Alia Nurshafira untuk tatapan umum.
Sis ni dah bercerai dengan ex husband dia 3 tahun lepas. Pergi PPV tak sangka dapat kaunter yang ex husband dia jaga.
Part dia ckap perlukan ic tak ? “tak perlu, saya ingat semua tentang awak”
Advertisement
Me: ???????????????? hurrrtttt ?? pic.twitter.com/7eJ2hymrsd— Yon ❼ (@Amrlamnnn) July 16, 2021
Pada video berdurasi 31 saat itu, Alia tidak menyangka dapat berurusan dengan bekas suami yang perlu mendapatkan butiran peribadinya.
Apa yang menarik lagi, sewaktu Alia bertanya perlukan kad pengenalan tak?
Bekas suaminya menjawab: “Tak perlu, saya ingat semua tentang awak.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya merasa sebak melihat pertemuan pasangan ini yang tetap baik walaupun sudah tidak lagi bersama.
Malah, ramai yang turut memuji kedua-dua belah pihak bekas suami dan bekas isteri yang kekal profesional dan matang menjalinkan hubungan yang baik selepas penceraian.
“Kadang-kadang terfikir kalau dah bercerai but still baik macam ni, boleh tegur balik, apa punca bercerai kan. hm takut jugak kekadang. Sedih bila jadi macam ni. semoga Allah beri kebahagiaan for both of them,” ujar seorang wargamaya.
“If you love someone deeply with your heart, you love that person with your sincerity, everything about him/her you’ll remember. There is something hidden in your heart you keep it for him/her & u make that space special for him/her but you make a decision to separate,” komen seorang wargamaya.
“Sejujurnya aku suka relay macam ni. Even bergaduh besar mana pun. Ingatkan dia tu pernah bahagia kan kau dulu. Even dalam adik beradik pun, bergaduh. Ingatlah, waktu kecik dia yg jaga kau. Time parents keluar pergi kerja,” kata seorang wargamaya.
“...dan aku masih tak hafal 4 no belakang IC wife aku walaupun dah 13 tahun kawin. IC Ibu aku apatah lagi. Tapi aku ada la simpan data tu semua,” tulis seorang wargamaya.
“Tak perlu sedih. Divorce is not always a bad thing. Look at how happy they are right now. Dua-dua berbaik antara satu sama lain. Boleh gurau-gurau lagi,” komen seorang wargamaya.
“Dia balik rumah drive sensorang tak meraung ke weh dalam kereta tu,” tanya seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada warga Twitter.
Must-Watch Video