HIBURAN
Dapat Luangkan Masa Bersama Anak, Netizen Tumpang Gembira Dengan Cik Epal - "Sebak Tengok Gambar Ni"
Pempengaruh media sosial, Cik Epal meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut lebaran bersama anaknya, Han dan Yuki.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal berkongsi gambarnya bersama kedua anaknya dengan mengenakan busana raya berona hijau cair.
"Akhirnya dapat beraya dengan Han & Yuki. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin," tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa gembira melihat Cik Epal dapat meluangkan masa bersama anaknya.
"Perfect three 🤗 Selamat Hari Raya CE yang cantik manis ❤️.
"Sebak tgk gambar ni.. selamat hari raya Cik Epal.
"Selamat hari raya @cikepal06 😍 kita tumpang happy tengok han yuki dapat raya dgn mama dorang.
"Wahhhhh!!! Cantik sgt² CE Han dan Yuki," kata netizen.
Sekadar info, Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum rumah tangganya mula bergolak selepas bekas suaminya, Jofliam didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukan perusahaan pizzanya.
Mereka kemudiannya berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama
Must-Watch Video