Dapat Makian Netizen Setiap Hari, Jom Kenali Gadis Manis Di Sebalik Watak Nurul

Kamaruddin Razal
Ogos 6, 2020 08:14 MYT
Watak seorang gadis bernama Nurul Ain dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 mendatangkan amarah penonton setianya.
Di sebalik wajah ayu nan manis, Nurul seakan mempunyai agenda tersendiri dan mahu mendekatkan dirinya dengan Khuzairi.
Menerusi tinjauan di laman Twitter, karakter Nurul sangat dibenci oleh peminat naskhah terbabit.
Itu menjadi petanda watak Nurul berjaya dilakonkan dengan baik dan meninggalkan kesan di hati peminat.
Menerusi sesi temu bual dengan Gempak, mari kita kenali gadis manis di sebalik watak Nurul:
1: Watak Nurul dijayakan oleh pendatang baru bernama Wafariena Roslan.
2: Lebih selesa dengan nama panggilan Wafa, gadis berusia 25 tahun ini berasal dari Pulau Pinang.
3: Sebenarnya, Wafa telah terlebih dahulu terlibat dalam bidang muzik. Selepas tamat persekolahan, Wafa bekerja sebagai penyanyi secara freelance dan pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
4: Wafa merupakan artis di bawah naungan MAP Music dan kini sedang mempromosikan single terbarunya yang berjudul Carilah Aku.
BACA: Wafariena Roslan Perkenalkan Bakat Nyanyian Menerusi Lagu Carilah Aku
5: Wafa juga mempunyai kebolehan dan turut fasih bertutur serta menyanyi dalam bahasa Mandarin.
6: Karya 7 Hari Mencintaku 2 merupakan drama bersiri pertama lakonan Wafa. Sebelum ini, Wafa pernah membawakan watak tambahan dalam drama bersiri Chandelier.
7: Sebelum ini, Wafa pernah membintangi filem Buntat serta tiga telefilem iaitu Kisah Seram Hostel, Rinding dan Main Kahwin Kahwin.
Saksikan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 yang boleh ditonton di platform IQIYI dari episod pertama!
Malah, pelanggan berpeluang menonton semula 7 Hari Mencintaiku musim pertama secara percuma di IQIYI.
Untuk memuat turun aplikasi IQIYI, saksikan video di bawah:
#Wafariena Roslan #7 Hari Mencintaiku 2 #Nurul