Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Dapat Perempuan Macam ni Tolong Hargai" - Netizen Beri Peringatan Keras Kepada Aliff Untuk Jaga Bella & Ayden

Zulaikha Yusof 18/02/2020 | 03:27 MYT
Tindakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah memuat naik foto bersama bekas suaminya, Aliff Aziz dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean mencuri tumpuan netizen.
Foto yang dikongsi itu bersempena ulang tahun kelahiran Aliff yang ke-29 pada 16 Februari lalu.
"Saya sehari lambat tetapi selamat hari lahir daddy @aliffaziz91.
"Semoga semua kehendak anda menjadi kenyataan dan diberkati Allah sentiasa!
"Semoga berada dalam keadaan baik dan sihat. Kami mencintaimu, tulisnya sebagai kapsyen.

Im a day late but happy belated birthday Daddy @aliffaziz91 ? may all of your wishes come true and god bless you always! Please be well and stay healthy we love you❣️

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Aliff turut meninggalkan komen di ruangan entri tersebut dan mendapat hampir 2,800 tanda suka daripada peminat.
"Terima kasih kerana ada bersama saya dengan Ayden pada hari ulang tahun kelahiran saya, mummy. Saya sayang kamu berdua," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram (IG) Bella gembira melihat kebahagiaan keluarga ini.
Dalam pada itu, ramai juga yang memberi peringatan kepada Aliff supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberi Bella.
"Sayangnya Bella kat Aliff. Buat perangai pun masih boleh terima hmm."
"Semoga Aliff bukan macam dulu dan perempuan di luar sana jangan sundal mahu goda-goda okay? Semoga bahagia."
"Dapat perempuan macam ni tolong hargai."
"Moga Aliff guna peluang ini sebaik mungkin. Moga bahagia hingga Jannah," antara komen-komen positif.
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Walau bagaimanapun, sejak beberapa hari ini kelihatan kemesraan antara Bella dan Aliff namun belum dapat dipastikan lagi status hubungan mereka.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
#Aliff Aziz #Bella Astillah
;