Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri membuatkan ramai netizen tersentuh apabila tampil membantu seorang warga emas yang bergantung hidup dengan menjual tin dan botol.

Perkara tersebut dikongsi Aliff menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

“Sayu dan sedih melihat nasib pakcik ini bersama seorang isteri yang hidup bergantung kepada tin dan juga botol kosong.

“Tapi saya puji sebab mereka rajin mencari rezeki halal.

“Dia sudah tidak larat sebab dah berumur 60 tahun. Bayangkan dengan RM5 ke RM10 sehari, apakah yang boleh dilakukan.

“Dengan sewa rumah perlu dibayar RM200 hingga RM300. Beliau juga cakap pada musim covid ni lagilah teruk dan terjejas,” katanya.

Jelasnya, melihat pada wajah individu tersebut, dia turut mengingatkannya terhadap arwah bapanya.

“Apabila saya melihat nasib pakcik ini, saya amat bersimpati, teringat kepada arwah abah saya yang dah tua.

“Sebab itulah saya menghulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua.

“Kepada anda di luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi nombor telefon yang saya beri ini.

“Kepada anda yang memerlukan bantuan daripada saya untuk anda membantu anda tetapi saya perlu cari orang yang betul-betul susah boleh DM kepada pada saya atau manager saya @iwan_utaraa akan bawa saya untuk bantu anda,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib individu tersebut.

Tidak kurang juga yang memuji Aliff kerana prihati dengan nasib golongan kurang bernasib baik.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)