Laman Utama
Dapat Sambutan Luar Biasa, Peminat Rayu Mat Bond Malaya Disambung Sekuel!
Filem aksi komedi penyiasatan, Mat Bond Malaya terus menjadi buruan ramai dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.
Buktinya, ada yang sudah berkali-kali menyambung langganan filem lakonan Naqiu dan Elizabeth Tan ini di saluran Astro First sejak ditayangkan pada 20 Julai lalu.
"Akak dah layan dah cerita Mat Bond Malaya, tengok berulang-ulang kali. Sukalah Bondi suka pada Mat Bond, sedap suara Naqiu nyanyi lagu Cina," tulis @Yusof.Haslina.
Advertisement
"Semenjak Mat Bond ditayangkan memang habis 48 jam je duk repeat. Nak bukti juga tunggu bil Astro sampai," tambah @thisisaku_fura.
Malah, ada juga yang meminta agar Mat Bond Malaya disambung untuk sekuel keduanya kelak.
"Best, kelakar! Tapi sebelum tengok ingat Naqiu jadi Mat Bond dalam cerita ni tapi rupanya jadi .... Harap ada Mat Bond Malaya 2 lepas ni," tulis @uminuwailiya_816.
Terbukti sentuhan sulung Nabil Ahmad sebagai pengarah menjadi begitu juga gandingan hero dan heroinnya.
Mat Bond Malaya mengisahkan seorang jejaka bernama Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’ sahaja.
Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi, namun tidak berjaya.
Disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti.
Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombi.
Mat tiada pilihan melainkan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.
Mat Bond Malaya mula ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 pada 20 Julai lalu.
Must-Watch Video