Laman Utama
Dapat Sambutan Ramai, JOOX Kembali Dengan ‘JOOX SUPERROOM CHALLENGE 2.0!’
Selepas JOOX SuperRoom Challenge 1.0 yang lalu mendapat sambutan ramai, aplikasi penstriman muzik Joox kembali dengan peraduan JOOX SuperRoom Challenge 2.0.
Menariknya JOOX SuperRoom Challenge 2.0 ini, hos berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lebih lumayan, menggunakan sistem ranking untuk mencari lima pemenang top 5 setiap hari.
Lima pemenang harian akan menerima wang tunai berjumlah sehingga RM600 dan setiap hos perlu mencapai jumlah sekurang-kurangnya 100 pengunjung sepanjang JOOX SuperRoom 2.0 Challenge berlangsung.
Advertisement
Selain itu setiap peserta JOOX SuperRoom Challenge 2.0 turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menerusi Jackpot.
Penerima Jackpot ditawarkan kepada hos yang mempunyai jumlah tontonan dalam talian paling ramai sepanjang pertandingan JOOX SuperRoom Challenge 2.0 berlangsung.
Pemenang hadiah Jackpot akan diumumkan selepas pertandingan tamat kelak.
Sementara itu JOOX menerusi sebuah kenyataan berkata, sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan tersebut disamping menjana pendapatan sampingan.
Bagaimanapun, JOOX menetapkan syarat kesemua peserta perlu menggunakan platform JOOX Rooms di aplikasi kami dan perlu mengemudi sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam.
“JOOX mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan platform digital kami untuk berkongsi pendapat, mengekspresikan diri serta menghebahkan mengenai produk jualan anda.
“Serlahkan kreativiti anda disamping menjana pendapatan bersama JOOX. Objektif JOOX adalah untuk membantu masyarakat di luar sana yang terjejas sepanjang pandemik, selain bersaing dengan sihat.
“Kami membuka ruang ini kepada semua individu termasuk peniaga atas talian, golongan selebriti dan pempengaruh media sosial,” katanya.
Terdahulu menerusi JOOX Superoom Challenge 1.0, hampir 80 peserta yang terdiri daripada orang awam, selebriti, badan-badan NGO dan pempengaruh media sosial.
Daripada jumlah tersebut, seramai 35 peserta telah diumumkan sebagai pemenang.
“Selepas pertandingan tersebut berakhir, kami melihat jumlah ROOMS yang dibuka lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu sehingga 200 ROOMS dibuka setiap hari.
“Ini bermakna, tujuan JOOX untuk memperkenalkan JOOX ROOMS di Malaysia telah berjaya.
“Rebut peluang ini, buka ruangan anda sendiri di JOOX ROOMS sebagai hos dan mula jana pendapatan anda sekarang dan memenangi hadiah wang tunai lumayan sehingga RM10,000.
Pertandingan sudah pun bermula sejak 7 Oktober lalu dan bakal berakhir pada 20 Oktober ini. Sehubungan itu, kesemua maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan laman Facebook rasmi JOOX MY,” menurut kenyataan tersebut.
Must-Watch Video