Dapat Tajaan Tunaikan Umrah Walaupun Gagal Ke Final GV3 Daripada DSV, Ini Penjelasan Nora
Rozaimi Zubaidi
12/12/2018 03:48 MYT
12/12/2018 03:48 MYT
Penyanyi Nora Ariffin mengakui bersyukur apabila mendapat tajaan daripada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora menjelaskan tujuan kenapa DSV menaja dirinya menunaikan ibadah Umrah walaupun tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 3 (GV3).
"Hikmah disebalik kegagalan ke final GV. Alhamdulillah, Nora dapat rezeki yang lebih berharga, dengan jasa baik dari @datoserivida.
"Itulah mulianya insan ini. Tak berkira. Bersyukurlah dengan apa yang diberi Nescaya Allah tambah lagi banyak. In Shaa Allah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji kebaikan yang dilakukan oleh DSV dan menganggap Nora sebagai seorang yang beruntung kerana diberikan rezeki untuk menunaikan Umrah pada tahun ini.
Sebelum ini, Nora telah pergi menunaikan ibadah Umrah pada 3 Disember lalu dan dia kini sedang berada di Mekah selepas melakukan ziarah di Madinah.