Hiburan
“Dapat Tak Kurang 12 Oz Setiap Pagi” – Syatilla Melvin Kongsi Tips Banyakkan Susu Badan
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips untuk ibu-ibu yang masih menyusu badan.
Syatilla menerusi akaun Instagramnya mendedahkan tips ringkas untuk memperbanyakkan susu badan.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu berkongsi tips tersebut menerusi kemas kini terbaru yang dimuat naik semalam.
“Ini hasil setiap pagi. Alhamdulillah... biasanya memang Tilla akan dapat tak kurang 12oz setiap pagi sebab setiap malam Tilla akan bagi Mima hisap direct, siang sahaja Tilla pump.
“So, stimulation dia tu lain macam sikit, malam memang dia bergayut dengan bubu. Rahsia untuk maintain susu supaya tak drop?
“Lillah, bukan satu produk tapi lebih, kami akan buat apa sahaja untuk maintainkan susu badan. Insya-Allah moga rezeki hampa pun sama,” tulisnya.
Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
Must-Watch Video