Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein bersyukur dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin bagi ibu hamil pada 30 Julai lalu.

Elly berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagtam miliknya beserta dengan video pendek.

Dalam coretannya, Elly juga berharap ibu-ibu hamil dapat mengambil vaksin sebagai salah satu ikhtiar perlindungan buat diri dan juga keluarga.

“Assalamualaikum kesayangan mama-mama mengandung… Jom ambil vaksin. Kak Lina dah selesai dua dos vaksin pada 30 Julai hari itu.

“Kita usaha untuk diri sendiri dan orang tersayang. Ajal maut ditangan Allah. Kita hanya mampu usaha.

“Wahai mama-mama mengandung yang dah ambil vaksin, sila lapor diri di ruang komen ya sayangku. Jom kite usaha galakkan mama-mama mengandung yang lain ambil vaksin,” tulisnya.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


Dalam ruangan komen, ibu-ibu hamil lain juga turut memberi semangat sesame mereka sambal berkongsi pengalaman menerima vaksin.

Selain itu, ada juga ibu-ibu hamil yang berterima kasih kepada Elly kerana menyebarkan berita positif tentang vaksinasi.

“Alhamdulillah… saya juga sudah dua dos Vaksin Sinovac. Sekarang pregnant 22 weeks. So far Alhamdulillah okay je,” tulis @ummukhadeejahannuha

“Alhamdulillah. Saya sekarang hamil 35 minggu. Dah lengkap dua dos pfizer pada 25hb/7 yang lepas,” kongsi @melormhodari.

Untuk info, Elly Mazlein kini hamil enam bulan.