HIBURAN

Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Gabungan Sarimah, Tuyah, Bibah Masak Ayam Penyet & Mango Lassi

Asyikin Mayudin 29/03/2025 | 09:55 MYT
Memang penuh drama dan menu masakan yang disajikan dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.

Istimewa untuk episod kali ini, Sarimah (Zarina Zainoordin) kembali bergabung dengan Tuyah (Ezu Hashim) dan Bibah (lakonan Siti Elizad) untuk memasak.

Mereka bertiga bersama artis jemputan, Mat Redho dan Anas Ridzuan menyediakan menu utama iaitu Nasi Ayam Penyet serta ‘dessert’ Mango Lassi.

Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.

Ayam Penyet

Bahan-Bahan:

Cara memasak:

Mango Lassi

Bahan-Bahan:

Cara masak:

‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.

Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.