HIBURAN
Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Menang Pingat Emas & Gangsa Di Anugerah Appies 2025
Program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok boleh beli!’ Gempak dengan kolaborasi bersama susu Goodday iaitu Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton telah memenangi anugerah bagi kategori Best In Festive - Gold Appies Malaysia Marketing Congress 2025 (Appies Malaysia) pada Jumaat.
Selain itu, acara yang berlangsung di Hotel Eastin Petaling Jaya juga menyaksikan kempen yang diberi nama ‘Where Drama Meets Dinner: Dapur Goodday Ramadan’ itu memenangi satu lagi anugerah gangsa bagi kategori Best in Influencer & Creator Marketing - Bronze.
Sementara itu, sebanyak empat kategori dipertandingkan bagu Dapur Goodday iaitu Best in Innovation, Best in FMCG - F&B, Best in Festive dan Best in Influencer & Creator Marketing.
Penjurian intensif telah dilakukan lebih daripada 20 pemasar kanan dan 143 pembentangan pentas.
Untuk info, Dapur Goodday bukan sekadar rancangan masakan, ia merupakan gabungan detik-detik yang menggembirakan dan episod yang mendebarkan, disertai dengan rasa enak dan penuh kebaikan Goodday dalam setiap hidangan unik yang disajikan!
Must-Watch Video