Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: P Ramlee Datang Tolong Che Ton Masak Kari Ikan Bawal & Bubur Pulut Hitam
Kali ini Che Ton (Sherry Alhadad) akan bersama P Ramlee dari Saloma (Tony Eusoff) bersama-sama menyediakan 4 menu untuk episod ketiga ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Bukan itu sahaja, program realiti drama memasak pertama di Malaysia yang turut menampilkan Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) juga akan membuat puding karamel.
Gelagat mereka sudah pasti sentiasa membuatkan penonton tidak kering gusi.
Jom kita tengok resepi untuk menu-menu tersebut;
Kari Ikan Bawal
Bahan-Bahan:
- 6 sudu makan minyak sayuran.
- 1 sudu makan biji sawi.
- 1/2 sudu teh biji halba.
- 6 sudu makan serbuk kari ikan yang di campur dengan 8 sudu makan air.
- 500 ml santan yang diperah dari 1 biji kelapa.
- 500 ml air.
- 2 sudu makan jus asam jawa.
- 600g ikan bawal.
- 1 biji cili merah, dibuang biji dan dibelah dua memanjang.
- 1 biji cili hijau, dibuang biji dan dibelah dua memanjang.
- 10 batang bende. 250ml air.
- Garam & Gula secukup rasa.
Bahan Pes Rempah:
- 10 biji bawang merah, dikupas kulit
- 4 ulas bawang putih dikupas kulit
- 1 inci halia.
Cara Memasak:
- Satukan semua bahan pes rempah di dalam pengisar dan kisar hingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan bahan pes rempah yang telah dikisar bersama biji sawi, halba dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Masukan serbuk kari. Kacau rata hingga naik bau.
- Masukkan santan kelapa dan jus asam jawa, didihkan dengan perlahan selama 20 minit.
- Masukkan Ikan Bawal dan Cili. Campurkan air sekiranya tidak mahu kari terlalu pekat. Didihkan selama 5 minit. Kemudian masukkan bende. Dihidangkan bersama nasi panas.
Bahan- Bahan untuk bubur pulut hitam:
- 2 ½ cawan beras pulut hitam - 350 gram.
- 135 gram gula melaka.
- 4 sudu besar gula - 100 gram.
- 1 sudu kecil garam.
- 300 ml santan.
- 200 ml air atau secukupnya.
- 1 helai daun pandan.
Cara Memasak:
- Basuh bersih beras pulut hitam.
- Rebuskan pulut di dalam periuk sehingga lembut, letak air secukupnya dan letak daun pandan.
- Masukkan gula melaka, garam, gula dan santan.
- Tambahkan air jika perlu. Siap untuk dihidang
Bahan-bahan diperlukan:
- Serbuk agar-agar
- Serbuk koko
- Gula 2 sudu besar
- Susu Goodday Full Cream
- Panaskan susu Goodday Full Cream dalam periuk, serbuk koko dan masukkan 2 sudu besar gula.
- Kemudian, masukkan 1/2 paket serbuk agar-agar.
- Kacau sehingga sebati dan biarkan campuran mendidih
- Sementara itu, potong bahagian atas kotak susu dan masukkan campuran ke dalam kotak susu.
- Pastikan tapis terlebih dahulu sebelum memasukkan campuran.
- Akhir sekali, biarkan semalaman di dalam peti ais.
- Selepas satu malam di dalam peti ais, keluarkan puding daripada kotak dan poting.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.