HIBURAN

‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, Program Realiti Drama Masakan Pertama Di Malaysia Dengan Konsep Tengok Hari Ini & Esok Boleh Beli!

Asyraf Roslan 28/02/2025 | 15:38 MYT

Ramadan ini, Gempak dengan kolaborasi bersama susu Goodday mempersembahkan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, sebuah program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok boleh beli!’

Program ini akan menemui penonton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.

Istimewanya, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa. Antara juadah popular Ramadan yang akan melengkapkan menu masakan ialah nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal, ayam percik dan banyak lagi.

Selain membeli menu di bazaar tersebut, turut disediakan aktiviti yang boleh disertai oleh semua seperti ‘fortune wheel’, beramah mesra bersama selebriti dari program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton dan menangi hadiah istimewa dari Astro Shaw dan susu Goodday. Di booth bazaar itu juga terdapat kod QR yang boleh di imbas untuk dapatkan menu resepi pada hari tersebut.

Tambah menarik, program masakan ini menampilkan watak-watak popular dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah lakonan Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari. Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi selamanya.

Selain mereka bertiga, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi.

Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar program realiti drama masakan, tetapi satu inovasi dalam pengalaman kandungan yang menghubungkan dunia hiburan dengan realiti.

"Buat pertama kalinya, penonton bukan hanya menonton kulinari dan belajar resipi di kaca televisyen, tetapi kita bawakan secara dekat kepada penonton untuk merasai sendiri hidangan yang disaksikan dengan membelinya di bazaar Ramadan.

"Lebih mengujakan, barisan selebriti yang tampil dalam program masakan ini akan turut turun di bazaar pada hujung minggu sepanjang Ramadan untuk menjual dan beramah mesra bersama peminat dan pembeli. Ini membuka peluang baharu dalam industri kandungan, menggabungkan hiburan, pengalaman pengguna, dan nilai komersial yang lebih luas.

Kami rasa berbesar hati usaha ini mendapat kerjasama strategik susu Goodday dan mengharapkan dapat memberi nilai tambah baru kepada kandungan tanah air serta pengalaman baru kepada penonton,”

Manakala Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Di Goodday Milk, kami sentiasa percaya dalam mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan orang ramai. Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar rancangan realiti masakan—ia adalah sebuah program yang menampilkan cerita, budaya dan pengalaman yang menggembirakan.

"Dengan mengintegrasikan susu Goodday ke dalam resipi dan naratif, kami mengukuhkan peranan jenama kami dalam menjadikan setiap detik harian lebih berkhasiat dan menyeronokkan.

"Apa yang menjadikan kerjasama ini lebih istimewa ialah peluang untuk peminat untuk bukan sahaja menyaksikan hidangan menarik di skrin television tetapi juga untuk merasainya secara langsung di bazar Ramadan nanti.

"Inisiatif ini membolehkan kami berhubung dengan pengguna kami dengan cara yang interaktif dan menarik, mengukuhkan jenama Susu Goodday dengan komuniti yang kami sedia berkhidmat.

"Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek kolaborasi yang pertama ini dan berharap dapat berkongsi kebaikan Susu Goodday dengan rakyat Malaysia,”

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.

#Masakan #Drama #Sarimah #Che Ton #Tuyah #Dapur Goodday