TERKINI
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Semakin Seronok Che Ton Masak! Siap Ajak Tok Adi Buat Mee Udang
Program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ semakin menarik dengan pelbagai menu masakan.
Untuk episod ketiga, Che Ton (Sherry Alhadad) dan Tok Adi (Nasir Bilal Khan) bersama-sama menyediakan menu utama iaitu Mee Udang.
Macam biasa, Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) menyediakan pencuci mulut iaitu kek Buttermilk yang menggunakan Goodday Full Cream Milk!
Agak-agak jadi ke masakan mereka? Kenalah saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ setiap hari, di Astro Ria pada 5.30 petang.
Resepi untuk menu-menu tersebut;
Mee Udang
Bahan-bahan kuah:
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- 3 sb sos cili
- 3 sb sos tomato
- 1 sb pes tomyam
- 3-4 sb cili kisar 2 sb serbuk kacang tanah
- 1 biji kentang
- 1-2 biji keledek oren
- 6 ekor udang saiz S (untuk kisar buat kuah)
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- 1-2 sb gula
- 1 ketul kiub pati ayam
- 500g udang laut saiz XL
- 1 sb udang kering
- 1-2 pek mee kuning - dicelur
Bahan-bahan hidangan:
- 1 ikat sawi - potong kasar
- 2 inci panjang - di celur
- 1 mangkuk taugeh - di celur
- Daun bawang- potong halus
- Cili merah & hijau - hiris halus
- 4 biji telur rebus
- 4 ketul tauhu - belah dua dan di goreng
- Bawang goreng Limau nipis - potong dua
Cara Memasak :
- 1-2 biji keledek oren potong tiga, & 1 biji kentang potong tiga, di rebus sampai empuk. Kemudian kisar halus. Bahan Tumis - 4 ulas bawang putih cincang kasar, 1 biji bawang merah besar. Di kisar halus.
- 1 Sb udang kering, basuh dan rendam dengan air.
- Rebus udang dan simpan air rebusan udang. Asing kan kulit udang dan isi. Kulit Udang di kisar bersama air rebusan udang. Kisar halus dan tapis, lalu ambil air.
- Isi udang di kisar dengan udang kering sehingga halus. Kemudian di campur dengan air rebusan kulit undang.
- 1/2 cawan kacang tanah di goreng, dikisar kasar.
- Panaskan minyak, tumis bawang kisar. Hingga garing. Masukkan 3-4 sudu besar cili kering kisar. Masukkan 3Sb sos cil dan 3sb sos tomato. Masukkan 2Sb serbuk kacang tanah. Kacau sampai garing.
- Masukkan air rebusan kulit udang dan isi udang. Renehkan dalam 10 minit. Masukkan 1sb pes tomyam. Masukkan puri kentang dan keledek. Kacau lagi. Tambah air sekucupnya. Reneh lagi 15 minit. Tambah 1-2 Sb gula dan garam secukup rasa. Tambah 1 ketul kiub ayam. Masukkan udang laut besar kedalam kuah, sehingga udang masak.
- Hidang kan mee bersama bahan hidangan dan tuangkan kuah. Siap untuk dhidangkan
Kek Buttermilk
Saiz loyang : 8 inci
#Bahan
- 1 cawan buttermilk
- 3 biji telur
- 1/2 cawan minyak (saya guna minyak jagung)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- Goodday Full Cream Milk
Cara buat:
- Sediakan loyang dengan menyapu mentega dan taburkan tepung.
- Sediakan buttemilk, campurkan susu Goodday Full Cream dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon (jadikan 1 cawan), biarkan selama 10 minit.
- Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan seketika.
- Pukul telur selama 30 saat sehingga kembang dan masukkan gula kastor. Pukul lagi hingga gula hancur dan masukkan minyak jagung serta esen vanila.
- Seterusnya masukkan buttermilk yang sudah disedikan dan pukul lagi selama seminit sehingga adunan bercampur. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik menggunakan spatula.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160’c selama satu jam (bergantung pada oven masing-masing). Setelah kek masak dan sejuk, bolehlah diayak gula icing ke atasnya dan hidang.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video