HIBURAN
'Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton - Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli!’ Bakal Buat Penonton Tak Kering Gusi
Watak Che Ton yang dilakonkan oleh pengacara dan pelakon Sherry Alhadad dalam drama siri terkenal, Khunsa bakal kembali menerusi program realiti drama memasak pertama di Malaysia.
Bukan sahaja Che Ton, tetapi Sarimah (lakonan Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) juga bakal muncul dalam ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Ia merupakan sebuah program yang turut menyajikan drama memasak dan bakal bersiaran sehari sebelum bulan Ramadan iaitu 1 Mac depan.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga akan mempunyai gerai di bazar Ramadan di Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Malah Che Ton juga akan membawa rakan-rakannya daripada watak ‘Astro Universe’ antaranya Inspektor Sani dari filem Polis Evo (lakonan Zizan Razak), Dania (Awan Dania, Scha Al-Yahya), P Ramlee (Tony Eusoff), Daud M (Kampung Pisang, Joey Daud) dan ramai lagi.
Sinopsis
Che Ton kembali dengan program memasak bersama rakan-rakannya. Namun kemunculan semula Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut.
Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari.
Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi buat selamanya.
Saksikan program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Tengok Hari Ini Esok Boleh Beli’ bermula 1 Mac depan.
Must-Watch Video