Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Darah Keluar Dari Mulut Secara Tiba-Tiba, Nonny Nadirah Didakwa Terkena Buatan Orang

Zulaikha Yusof 07/05/2019 | 04:39 MYT
Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan darah keluar dari mulutnya secara tiba-tiba tanpa dia mengetahui punca sebenar.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Nonny menjelaskan dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.
"Korang pernah kena macam ni ke? Tengah duduk diam dan tiba-tiba darah dari mulut keluar banyak.
"Tak ada batuk tak ada apa. Ke sebab panas ke apa tak tau," tulisnya.
Rata-rata pengikut Nonny terkejut dengan pendedahan terbabit lalu menasihatkannya untuk membuat pemeriksaan doktor.
Malah ada yang beranggapan dan mendakwa Nonny seperti sudah terkena buatan orang
Sekadar info, Nonny mula aktif di industri hiburan pada tahun 2007 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Korang pernah kena mcm nie ke? Tgh duduk diam2 dan tiba2 darah dari mulut keluar byk... xde batuk xde apa.. ke sebab panas ke apa.. xtauu... ?

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

#pelakon #Pelakon #Nonny Nadirah
;