Darah Manis! Anak Normah Damanhuri, Ahya Rosli Selamat Bertunang

Amri Hassan
November 28, 2018 04:51 MYT
Anak pelakon Normah Damanhuri, Ahya Rosli dikhabarkan telah selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Shahirah.
Menerusi kemas kini di akaun Instagramnya, model dan pelakon itu memuat naik beberapa keping foto bersama keluarga ketika menghantar rombongan merisik dan bertunang hujung minggu lalu.
Malah, Ahya turut memuat naik foto yang dirakamkan selepas pasangan itu selamat menjadi tunangan.
"Kita gang #darahmanis. I love you baby. Tanggungjawab suami," tulisnya pada sekeping foto bersama Shahirah.
Malah, Ahya turut berterima kasih kepada keluarganya yang bersusah-payah untuk menyempurnakan majlis tersebut.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Thanks to my family, auntie, mama, sister and my beautiful princess," tambahnya.
Khabar gembira Ahya itu disambut dengan ucapan tahniah daripada kenalan rapatnya dan peminat.
Jom lihat foto-foto dan video menarik sepanjang majlis itu.
#Tunang #Ahya Rosli #Normah Damanhuri