Hiburan
"Dari 10 Kebaikan Orang Lebih Nampak 1 Keburukan .." - Azar Azmi
Pelakon Azar Azmi menyatakan perniagaan rokok elektronik yang diusahakannya bukan disebabkan 'trend' masa kini.
Jelas Azar perempuan juga mampu untuk melakukan perkara sama seperti lelaki namun ia terpulang kepada individu tersebut.
"Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape.
"Ini adalah perniagaan saya. Pada saya ia bukan disebabkan 'trend' kerana mentaliti saya berbeza dengan orang lain.
"Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama.
"Ia terpulang kepada individu tersebut sebenarnya, selagi dia tidak melakukan perkara yang jahat seperti menipu, aniaya, mencuri dan mencaci," katanya memetik laporan Melodi baru-baru ini.
Tambah pelakon drama Nur 2 ini, dirinya tidak dapat menghalang orang luar untuk memberi pendapat mengenai isu terbabit.
"Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.
"Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang.
"Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik," katanya lagi.
Terdahulu, klip video Azar menghisap pod yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya menjadi perhatian warganet kerana beranggapan kelakuan itu tidak sopan dilakukan.
Must-Watch Video