Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Dari 8 Minggu Pelbagai Perkara Terjadi Di Rahimku" - Nieyl Mentor Umum Hamil 4 Bulan

Amri Hassan 22/09/2020 | 04:50 MYT
Penyanyi Nieyl Jailani mengumumkan kini sedang hamil empat bulan.
Dedah Nieyl menerusi Instagramnya, kandungan yang memasuki usia 18 minggu itu berdepan pelbagai pancaroba di awal kehamilan.
"Alhamdulilah.. Doakan Nieyl.. Dunia penuh pancaroba.
"Dari 8 minggu pelbagai perkara terjadi di rahimku wahai anakku.
"Alhamdulilah pada usia kehamilanku 18 weeks ini semangkin membaik.
"Semoga lancar sehingga persalinan ya aminn.. Makasih ya udah temanin anak jawa gendut ini," kongsi Nieyl.
Terdahulu, hajat Nieyl untuk menimang cahaya mata lelaki tidak kesampaian apabila bayi yang dikandungnya meninggal dunia pada usia enam bulan.
Nieyl dan suami, Dazma Shah Daud mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Damia, 11 tahun dan Dalia, empat tahun.
#Penyanyi #Hamil #Hamil #Penyanyi #Nieyl Jailani
;