Laman Utama
Dari Acara Fesyen Di Australia, Daiyan Trisha Sempat Pulang Malaysia Untuk Mengundi
Daiyan Trisha mendedahkan yang dia sempat pulang ke Malaysia dari Australia demi menjalankan kewajipannya membuang undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
Menerusi kemas kini di Instagram, Daiyan berkata, sungguhpun kerap terbang ke luar negara atas dasar kerja, ia membuatkan dia lebih menghargai tanah tumpah kelahirannya.
“Ya, saya diberikan peluang untuk ke luar negara sejak akhir-akhir ini dan saya akui menyukainya. Tapi, lebih kerap saya ke luar negara, lebih banyak juga rasa apresiasi saya terhadap negara sendiri.
“Makanan kita, orang kita, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan tanah air ku. Terbanglah ke seantero penjuru dunia sekalipun… You can take the girl out of Malaysia, but you can never take the Malaysia out of the girl,” tulisnya.
Sambung Daiyan, dia berkarap agar pengikutnya di Instagram turun untuk mengundi, menjalankan tanggungjawab kepada negara.
“Pilih individu yang betul untuk mengetuai negara kita yang tercinta. Saya mahukan tanah ini menjadi tempat untuk orang Malaysia terutama anak-anak muda, anak-anak seni mendapatkan pendidikan, memperoleh perlindungan dan kemudahan infrastruktur, mencari rezeki, meraih peluang dalam minat dan pekerjaan masing-masing.
“Orang kita orang yang baik hati, sentiasa jaga sesama kita, sentiasa ada untuk berjuang untuk satu sama lain. Kita layak mendapatkan ketua negara yang mampu berbuat hal yang sama kepada kita,” katanya.
Daiyan juga berkata, dia bukanlah orang cerdik pandai, tetapi dia tahu membezakan mana satu baik dan mana satu yang buruk.
“Kita semua ada mata dan hati, gunakanlah sebaiknya. Mungkin bukan tempat saya untuk ulas tentang hal ini, saya cuma anak muda yang tak tahu apa-apa. Apa yang saya tahu ialah saya mahukan perubahan. Our people deserve more and better, and I hope one day we will able to be the change, and feel the change together. Happy voting guys,” tutupnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!