"Dari Allah Kita Datang, Kepada-Nya Kita Kembali" - Mama Lan Solo Meninggal Dunia

Asraf Aided
November 24, 2019 13:25 MYT
Ibu saudara kepada penyanyi Lan Solo yang dipanggil mama menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.05 petang hari ini.
Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Lan menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Lan, jenazah yang berada di Hosital Serdang itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Puchong dan akan dikebumikan pagi esok.
"Assalamualaikum, dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali, Dukacita dimaklumkan bahawa mama Rosiyah Mad Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.05 petang tadi.
"Arwah buat masa ini di Hospital Serdang lagi dan dalam proses untuk dibawa balik ke rumahnya di Puchong Lot 144B, Lorong Berkat 5, Kg Seri Aman, 47100, Puchong malam ini selepas semua urusan hospital selesai.
"Akan dikebumikan esok pagi jam 10 di tanah di tanah perkuburan Islam Puchong Bt14.
"Semoga arwah dikasihani Allah dengan pengampunannya, amin," tulis Lan sebagai kapsyen.
Ruangan komen pula dipenuhi ucapan takziah dari rakan artis dan pengikut Lan yang lain.
Difahamkan, ibu saudara Lan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat serangan strok.
Salam takziah diucapkan kepada Lan seisi keluarga.
#Lan Solo